fbpx

Kuala Lumpur terawal capai tahap kemuncak penduduk pada 2031

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Uzir ketika membentangkan Unjuran Penduduk Malaysia 2020-2060 yang diterbitkan sempena sambutan Hari Penduduk Sedunia 2025 di Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diunjur sebagai yang pertama di Malaysia mencapai tahap kemuncak penduduk pada 2031, iaitu jauh lebih awal berbanding unjuran nasional yang meletakkan kemuncak penduduk negara pada 2059.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, trend itu berpunca daripada kadar kelahiran yang semakin rendah dan corak kehidupan bandar yang menuntut pengurusan masa dan gaya hidup lebih pantas.

“Kalau kita lihat dalam konteks negeri, ada negeri-negeri yang mencapai kemuncak penduduknya lebih awal antaranya kalau kita lihat Kuala Lumpur pada tahun 2031. Kemudian, kita lihat Pulau Pinang pada 2040 dan Selangor pada 2049.

“Manakala, ada juga negeri yang kemuncaknya lewat daripada kemuncak nasional antaranya negeri-negeri macam Kelantan, Terengganu dan Sabah, ia lebih lewat daripada tahun 2059. Itu dipengaruhi oleh kelahiran yang masih tinggi di negeri yang berkenaan,” katanya menerusi sidang akhbar selepas Sambutan Hari Penduduk Sedunia 2025 di sini hari ini.

Mohd Uzir menjelaskan, kadar perbandaran di Kuala Lumpur kini mencapai hampir 100 peratus dan menjadikan corak kehidupan penduduknya berbeza berbanding negeri lain yang lebih perlahan tahap perbandarannya.

“Di bandar, kehidupan ‘on the move’. Ia mempengaruhi kesuburan dan keputusan untuk berkahwin serta berkeluarga. Ini berbeza dengan negeri-negeri seperti Kelantan atau Terengganu yang masih mencatat kadar kelahiran tinggi kerana gaya hidup luar bandar lebih bertenang.

“Kelahiran di Selangor rendah manakala tinggi di Kelantan, Terengganu. Apa yang menjadi (faktor), kita boleh melihat di negeri-negeri yang aktiviti kehidupannya agak lebih ‘time-consuming’. Aktiviti yang berbentuk ‘on the move’.

“Secara umumnya, perbandaran akan membawa bersama-samanya ciri-ciri bandar iaitu perkahwinan lewat dan jumlah isi rumah yang kecil,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, keadaan itu berbeza dengan negeri yang tahap perbandarannya lebih rendah seperti Kelantan, di mana masyarakat masih menjalani gaya hidup luar bandar yang lebih santai.

“Kalau negeri macam Kelantan, jumlah tahap perbandarannya bawah 50 peratus berbanding perbandaran Selangor yang mencapai 97 peratus dan Pulau Pinang 99 peratus.

“Negeri dengan perbandarannya masih kecil, maka corak kehidupan itu macam zaman dulu lah. Zaman dulu, kehidupan yang tidak begitu time-consuming. Maknanya, nak lakukan perkara A, nak buat perkara B, ada tempoh yang agak bertenang,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI