fbpx

Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Langat meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Yusri (dua dari kiri) menyiram air di pusara ibunya, Rozana (gambar kecil). Foto oleh ABDUL RAZAK IDRIS/KOSMO!

KUALA LANGAT – Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Langat, Rozana Kamarulzaman, 56, meninggal dunia di Hospital Banting hari ini.

Rozana meninggal dunia akibat komplikasi penyakit diabetes pada pukul 1.47 pagi tadi.

Menurut anak sulungnya, Muhammad Yusri Shah Iwan Shahrom Shah, 29, arwah ibunya dimasukkan ke wad hospital berkenaan susulan jangkitan kuman pada bahagian kaki pada Sabtu lalu.

“Ibu kemudian ditidurkan pada hari sama sampai hari ini sebelum berlaku jangkitan pada paru-paru dan buah pinggang.

“Bahagian otak kiri dikesan berlaku angin ahmar hingga akhirnya ibu meninggal dunia hari ini,” katanya ketika ditemui di kawasan perkuburan Kampung Serdang Belah, Banting Baru di sini, hari ini.

Muhammad Yusri menyifatkan arwah ibunya sebagai pemimpin yang tegas dan mempunyai pendiriannya sendiri dalam sesuatu perkara.

“Sebagai seorang pemimpin, arwah ibu akan menunjukkan contoh yang baik kepada generasi muda. Dia mempunyai keazaman yang kuat untuk mencapai cita-citanya walaupun dalam kesakitan,”ujarnya.

Rozana meninggalkan dua lagi anak lelaki Muhammad Muadzam Shah, 26, dan Muhammad Muzaffar Shah, 23, serta suami, Iwan Shahrom Shah Mohd.Naim, 57. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI