fbpx

Johari jalan tugas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari. Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

PETALING JAYA – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani akan menjalankan tugas dan fungsi sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, berkuat kuasa serta-merta.

Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Jemaah Menteri, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar yang juga Ketua Setiausaha Negara dalam satu kenyataan hari ini.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bersetuju dan memaklumkan kepada Jemaah Menteri dalam mesyuarat yang bersidang pada Rabu lalu.

“Perdana Menteri memaklumkan Jemaah Menteri yang bersidang pada 9 Julai 2025 bahawa beliau bersetuju supaya Datuk Seri Johari Abdul Ghani menjalankan tugas dan fungsi sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkuat kuasa serta-merta,” katanya menerusi kenyataan tersebut.

Terdahulu, jawatan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam terbiar kosong selepas peletakan jawatan Nik Nazmi Nik Ahmad yang berkuat kuasa 4 Julai lalu.

Keputusan untuk melepaskan jawatan tersebut dibuat susulan kekalahan beliau dalam Pemilihan PKR, baru-baru ini.

Nik Nazmi dalam kenyataan pada 17 Jun mengekalkan pendiriannya untuk meletak jawatan, walaupun Perdana Menteri masih memberi peluang kepadanya untuk meneruskan tugas. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI