fbpx

Hidup serba kekurangan tetapi semua anak masuk IPTA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mazura dan Muhammad Fiqri membuat persiapan sebelum mendaftar ke Universiti Malaya ketika ditemui di Kampung Siliau, Seremban baru-baru ini.

SEREMBAN – Seorang ibu tunggal menjalani takdir hidup yang berbeza apabila diuji dengan kehilangan punca pendapatan tetapi dikurniakan anak-anak bijak hingga berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Mazura Mohd. Noor, 52, berkata, kehidupan mereka sekeluarga berubah ketika pandemik Co­vid-19 selepas syarikat antarabangsa tempat dia bekerja di bahagian akaun menutup operasi dengan semua pekerja terpaksa diberhentikan.

Katanya, ketika bekerja, dia berulang alik dari kampung di Rantau di sini ke Kuala Lumpur selepas bercerai dengan suami­nya.

“Tidak lama kemudian, ibu, Sitam Ibrahim, 97, terlantar sa­kit dan meninggal dunia. Ketika menjaga arwah ibu saya terpaksa berhenti kerja dan bergantung pada simpanan.

“Mujur saya dapat pencen polis arwah bapa dan dengan duit itulah saya gunakan untuk menampung hidup bersama empat anak berusia antara 15 hingga 20 tahun,” katanya ketika ditemui di Kampung Siliau di sini baru-baru ini.

Menurut Mazura, dia mendapat bantuan bulanan daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) selain bekerja di sebuah kedai milik rakannya untuk meneruskan kehidupan.

Tambahnya, dia berharap kesemua anaknya dapat me­nyambung pelajaran ke universiti awam.

“Anak kedua, Muhammad Fiqri Mohd Rifizahairil, 18, dapat sambung pelajaran di Universiti Malaya Ahad ini selepas mendapat keputusan cemerlang 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia,” katanya.

Ujar Mazura, anaknya sebelum ini belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said.

“Saya memang nak anak-anak saya berjaya, itulah hadiah pa­ling besar untuk saya dan untuk ubah nasib keluarga. Alhamdulillah, anak sulung saya, Nurfateha, 20, kini melanjutkan pelajaran di

Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang perakaunan serta mendapat biasiswa daripada kerajaan,” katanya.

Menurut Mazura, selepas anaknya mendaftar, dia akan berusaha mencari modal untuk memulakan perniagaan kiosk tidak lama lagi di pekan Rantau.
Sehubungan itu, mana-mana pihak yang ingin memberi sumbangan boleh menghulurkan ke akaun Maybank 164717165748 milik Mazura.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI