fbpx

EPL: Peminat Chelsea sudah hilang sabar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JACKSON (tengah) gagal mempamerkan aksi terbaik menyebabkan peminat mula mendesak dia disingkirkan dari skuad Chelsea. -AFP

NEW JERSEY – Kemenangan 2-0 ke atas Fluminense dalam separuh akhir Piala Dunia Kelab nyata tidak cukup untuk menyelamatkan Nicolas Jackson daripada kecaman peminat Chelsea yang mahu dia segera disingkirkan.

Meskipun Joao Pedro muncul wira dengan dua gol menarik di Stadium MetLife, tumpuan penyokong tetap terarah kepada prestasi longlai Jackson yang masuk menggantikan Pedro pada minit ke-60.

“Selepas lihat Pedro bermain, saya mohon Chelsea benarkan Jackson pergi secepat mungkin,” kata seorang penyokong di media sosial.

Penyerang berusia 24 tahun itu semakin tenggelam daripada perancangan utama selepas kehadiran Liam Delap dan Pedro, biarpun mencatat 13 gol dan lima bantuan jaringan dalam 34 perlawanan musim lalu.

Jackson yang pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal dan Juventus pada musim panas ini, kini berdepan kejatuhan reputasi apabila terus menjadi sasaran kritikan penyokong.

Sebaliknya, Pedro semakin mencuri tumpuan sejak diturunkan buat kali pertama dalam kesebelasan utama oleh Enzo Maresca.

Mengulas gol pertamanya, Pedro berkata, dia melihat bola datang kepadanya lalu segera mengawal kerana sedar pemain lawan akan memberikan tekanan, sebelum berjaya melakukan percubaan yang menghasilkan jaringan.

“Untuk gol kedua, Enzo buat lorongan cantik, saya ada masa untuk fikir dan pilih penyudah terbaik. Saya gembira dapat meledak dua gol pada perlawanan kali ini,” tambahnya.

Chelsea bakal membuat perhitungan dengan Paris Saint-Germain (PSG) dalam aksi final yang dijadual berlangsung Ahad ini.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI