fbpx

Empat kelab sambar tiket awal CWC 2029

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CRUZ AZUL antara empat kelab layak ke edisi 2029 selepas muncul juara Liga Juara-Juara Amerika Utara musim ini. – AFP

NEW JERSEY – Empat pasukan sudah mengesahkan slot automatik ke pentas Piala Dunia Kelab 2029 sebelum wisel aksi final edisi 2025 melibatkan Paris Saint-Germain (PSG) dan Chelsea bermula awal pagi Isnin ini.

Sebagai rekod, Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) telah merombak format Piala Dunia Kelab dengan edisi 2025 menjadi perkenalan untuk saingan melibatkan 32 pasukan terbaik di peringkat global.

Bagi saingan 2029, FIFA mengekalkan format yang sama dengan empat pasukan sudah menempah tiket awal seperti PSG selaku juara Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan Cruz Azul yang mendominasi Liga Juara-Juara Amerika Utara musim ini.

Dua lagi pasukan meraih slot automatik adalah jaguh Mesir, Pyramids yang mencipta kejutan menjulang trofi Liga Juara-Juara Afrika dan gergasi Arab Saudi, Al-Ahli selaku pemenang Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

FIFA turut memberikan satu slot automatik kepada kelab yang bakal mewakili tuan rumah meskipun badan induk bola sepak dunia itu belum mengesahkan pasukan mana dipilih untuk menjadi penganjur pada edisi akan datang.

Eropah kekal diberi slot tertinggi dengan 12 pasukan keseluruhan termasuk empat juara UCL dan lapan kelab yang menduduki ranking paling konsisten sepanjang empat tahun nanti.

Benua Amerika Selatan pula diberi enam slot, manakala Amerika Utara, Asia dan Afrika masing-masing hanya diberikan empat tiket automatik.

Zon Oceania pula diberikan satu slot dengan kelab di kedudukan ranking terbaik sepanjang empat tahun nanti akan dipilih oleh FIFA. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI