fbpx

CWC: Caicedo kembali perkuat Chelsea di final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAICEDO (kanan) mengalami kecederaan ketika membantu Chelsea menewaskan Fluminense di separuh akhir sebelum ini. - AFP

NEW JERSEY – Chelsea menerima khabar gembira apabila pemain tengah utama, Moises Caicedo disahkan cergas dan boleh diturunkan menjelang aksi final Piala Dunia Kelab 2025 menentang Paris Saint-Germain (PSG) di Stadium MetLife awal pagi Isnin ini.

Sebagai rekod, Caicedo mengalami kecederaan ketika membantu The Blues menang 2-0 ke atas Fluminense pada aksi separuh akhir awal minggu ini.

Namun, Caicedo kembali menjalani sesi latihan penuh bersama rakan sepasukan dan sudah diberi lampu hijau untuk diletakkan dalam kesebelasan utama skuad kendalian Enzo Maresca itu.

Kata Caicedo, pentas final nanti bakal menjadi medan untuk membuktikan status selaku ‘jeneral’ di posisi tengah terbaik dunia sekali gus membalas kepercayaan Chelsea yang mendapatkan khidmatnya daripada Brighton dua tahun lalu.

“Saya kini bekerja keras setiap hari kerana misi saya untuk menjadi pemain tengah terbaik di dunia. Namun, saya akui masih belum mencapai tahap tersebut buat masa ini.

“Saya tahu ramai yang mempersoalkan kualiti saya selepas Chelsea mengeluarkan dana besar untuk menandatangani khidmat saya dua tahun lalu, tetapi sekarang adalah masa menutup kritikan tersebut,” katanya.

Bintang antarabangsa Ecuador itu sebelum ini menjadi pemain termahal Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan nilai sebanyak £115 juta (RM662.5 juta) sebelum dipecahkan perancang baharu Liverpool, Florian Wirtz baru-baru ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI