fbpx

Bukan mudah untuk berada di pentas hari ini’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA  LUMPUR – Meski diri dan mentalnya belum berada dalam keadaan yang baik, penyanyi Shila Amzah tetap memberikan persembahan hebat pada konsert ulang tahun ke-20 Mr D.I.Y di Stadium Merdeka, di sini hari ini.

Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah, 35, berkata, muncul membuat persembahan hari ni adalah sesuatu yang sukr untuk dilakukannya.

“Tidak mudah untuk berada di atas pentas hari ini.

“Namun, saya berjaya laluinya,” katanya sebelum mendendangkan lagu Memori Tercipta.

Pada konsert tersebut, Shila turut mendendangkan lagu Firework milik Katy Perry dan sebuah lagi lagu bahasa mandarin bertajuk
Xiang Ni De Ye.

Hari ini, Shila memaklumkan masih belum bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan kepada pihak media selain dinasihatkan oleh pihak polis untuk tidak melakukannya.

Sebelum itu, dia menerusi Instagram berkata mengalami sakit kepala melampau selain tidak tahu bagaimana untuk mengharungi hari ini.

Semalam, Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah, 35, mendakwa diserang seorang artis legenda sehingga membuatkan dirinya mengalami kebimbangan melampau atau anxiety.

Rentetan itu, beberapa nama artis senior mula menjadi sebutan netizen seperti Datuk Amy Search, Datuk Awie dan Ella yang turut membuat persembahan pada konsert yang berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur malam ini.

Sementara pengurusnya yang dikebali sebagai Aini pula memberitahu pihak mereka sudah membuat laporan polis semalam.

Pihak Polis DiRaja Malaysia juga mengesahkan sudah menerima laporan mengenai perkara tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI