fbpx

Arsenal ‘buka peluang’ Al-Hilal sambar Sesko

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SESKO kini menjadi buruan Al-Hilal selepas rundingannya bersama Arsenal gagal mencapai kata sepakat. - AFP

RIYADH – Penyerang RB Leipzig, Benjamin Sesko bakal menerima tawaran lumayan daripada Al-Hilal selepas Arsenal dilaporkan mengalihkan tumpuan terhadap bintang Sporting Lisbon, Viktor Gyokeres.

Pemain berusia 22 tahun itu sebelum ini berada dalam radar utama Arsenal untuk memperkukuh jentera serangan, namun rundingan gaji dan yuran perpindahan yang tidak mencapai kata sepakat memaksa kelab itu beralih arah.

Langkah mengejut Arsenal membuka ruang buat Al-Hilal untuk memulakan ‘serangan’ ke atas Sesko yang meledak lebih 20 gol bersama Leipzig dalam semua kejohanan musim lalu.

Menurut laporan, Al-Hilal menjadikan Sesko sasaran utama selepas Victor Osimhen dilaporkan lebih cenderung kembali ke Turkiye bagi menyertai Galatasaray.

Kelab gergasi Saudi itu dijangka menutup perpindahan Theo Hernandez dari AC Milan dalam masa terdekat, sebelum memfokuskan tawaran rasmi kepada Sesko.

Leipzig dilaporkan hanya akan melepaskan penyerang Slovenia itu jika menerima tawaran sekurang-kurangnya £77 juta (RM444.81 juta) iaitu satu angka yang tidak menghalang kelab kaya seperti Al-Hilal.

“Kami tahu banyak kelab berminat, tetapi tidak akan terburu-buru membuat keputusan. Benjamin selesa di Leipzig tetapi kami terbuka dengan sebarang kemungkinan,” kata wakil pemain itu.

Jika rundingan bersama Gyokeres berjaya dimuktamadkan, Arsenal dijangka tidak lagi mengejar Sesko sekali gus membuka ruang luas buat kelab-kelab lain termasuk dari Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Arab Saudi untuk masuk campur.

Selain Sesko, Al-Hilal turut memantau beberapa nama lain termasuk Jean-Philippe Mateta (Crystal Palace) dan Moise Kean (Fiorentina) yang masing-masing turut dikaitkan dengan Manchester United. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI