BEIJING – Penyanyi dan pelakon legenda Hong Kong, Aaron Kwok menghadiahkan wang 100 juta yuan (RM59 juta) kepada isterinya selepas mengetahui mereka bakal menimang anak lelaki, lapor portal berita VNExpress semalam.
Kwok, 60, meningkatkan had perbelanjaan kad kredit miliknya supaya isteri, Moka Fang, 38, dapat berbelanja dengan puas.
Satu sumber mendedahkan bahawa Kwok tewas dalam permainan mahjong baru-baru ini, namun kekalahan itu tidak membuatnya sedih, malah gembira.
Kwok berkongsi kepada rakan-rakan bahawa dia akhirnya bakal menjadi bapa kepada seorang anak lelaki sambil menambah, kegembiraan itu mengatasi sebarang masalah termasuk kewangan.
Pasangan suami isteri itu mengumumkan hubungan mereka secara terbuka pada 2015 dan berkahwin dua tahun kemudian.
Kwok sudah lama menanti anak lelaki selepas Fang melahirkan dua anak perempuan. – AGENSI