fbpx

[VIDEO] Satu kelas nyanyi ‘Selamat Hari Jadi’ buat Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan sekumpulan murid mendoakan kesejahteraan dan menyanyikan lagu selamat ulang tahun buat Tun M.

PETALING JAYA – Gelagat sekumpulan murid sekolah rendah menyampaikan ucapan hari lahir kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mencuri perhatian ramai apabila mereka dilihat menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Jadi’ secara beramai-ramai dalam sebuah kelas.

Menerusi satu klip video yang dikongsikan di TikTok milik @Cikguctredutv2, murid-murid itu turut mengangkat tangan sambil mengaminkan doa khas buat negarawan yang kini genap berusia 100 tahun.

“Selamat menyambut ulang tahun yang ke-100 Tun M, jasamu kami kenang,” tulis pemilik akaun di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh dan memuji usaha guru terbabit yang mendidik murid-murid agar menghargai jasa pemimpin negara.

“Terima kasih cikgu sebab semarakkan dan sedekahkan doa buat negarawan terulung kita Tun M,” kata Naura Abdul.

“Terima kasih cikgu, ajar anak-anak untuk kenal negarawan Malaysia,” komen Lin.

“Ucapan selamat hari lahir kepada Tun M dari anak bangsa yang juga bakal menjadi pemimpin akan datang,” ujar Sarinah. – KOSMO! ONLINE

@cikguctredutv2 Happy Birthday #tunmahathir yang ke 100 tahun 10/7/1925 – 10/7/2025 Jasamu kami kenang #fyp #fypage #fyppppppppppppppppppppppp #masukberandafyp #masukberanda #perdanamenterimalaysia #pm4 #pm7 #100 ♬ original sound – Cikgu Hajjah Ct Rahimah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI