fbpx

[VIDEO] Keluarga Yuyu menangis, menjerit luar mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis membawa membawa Mohd. Faizal (kiri) dan tiga lagi tertuduh untuk didakwa di Mahkamah Majistret Pasir Mas hari ini.

PASIR MAS – Ahli keluarga lima suspek termasuk pasangan suami isteri dan dua sekeluarga yang didakwa sindiket pengedaran dadah jenis pil kuda seberat lebih 20 kilogram (kg) kelihatan menangis dan menjerit di pekarangan Mahkamah Majistret pagi tadi.

Ahli keluarga suspek menjerit malah ada yang menangis semasa mereka turun dari trak polis.

Mereka menangis memanggil nama suspek ketika kesemua yang didakwa itu dibawa ke kamar perbicaraan.

Kelima-lima suspek berusia dalam lingkungan 25 hingga 39 tahun yang memakai baju lokap berwarna oren tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 9.10 pagi dengan menaiki trak polis.

Kesemua suspek dijangka didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, taktik licik sepasang suami isteri yang merupakan pemilik sebuah kedai makan menyembunyikan dadah jenis pil kuda seberat 19.86 kg di dalam timbunan tahi lembu di sebuah kandang di Kampung Bukit Tunku, di sini, terbongkar dalam enam siri serbuan, pada 27 Jun lalu.

Tiada pengakuan direkodkan oleh kesemua tertuduh iaitu Mohd. Faizal Ismail, 35, isterinya, Nur Ayu Fatihah Zaudi, 34, atau dikenali sebagai Yuyu yang merupakan pemilik salun dan kedai makan, Mohamad Farid Ismail, 33, Mohd. Khairu Azani Mohd. Lawi, 39, bersama Mohamad Asmawi Janudin, 25, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI