fbpx

Trump umum tarif 50 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kren memuatkan kontena ke dalam treler di terminal Pelabuhan Rio Grande, selatan Brazil pada 6 Mei lalu. - AFP

WASHINGTON – Presiden Donald Trump menyatakan beliau mahu mengenakan cukai 50 peratus ke atas barangan buatan Brazil sekali gus meningkatkan lagi pebalahan dengan negara Amerika Selatan itu, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Trump mengumumkan rancangan itu dalam surat tarif terbaharu yang dikongsikan di media sosial.

Dalam surat tersebut, Trump menuduh Brazil ‘menyerang’  syarikat teknologi Amerika Syarikat dan memberikan layanan tidak adil terhadap bekas presiden sayap kanan, Jair Bolsonaro. 

Bolsonaro berdepan pertuduhan memainkan peranan dalam komplot untuk membatalkan keputusan pilihan raya 2022.

Menjawab pengumuman itu dalam catatan media sosial, Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva berkata, kenaikan tarif ke atas negaranya akan dibalas.

Beliau turut memberi amaran terhadap sebarang campur tangan dalam sistem kehakiman negara Brazil.

Sebelum ini, Lula berkata, Brazil tidak akan menerima campur tangan daripada sesiapa dan menambah: “Tiada sesiapa yang lebih berkuasa daripada undang-undang.”

Trump dalam suratnya berkata, tarif 50 peratus ke atas barangan Brazil akan berkuat kuasa 1 Ogos ini, menggambarkan tarikh akhir yang dihadapi oleh berpuluh-puluh negara lain, lapor agensi berita AFP.

Pada tarikh sama, tarif 50 peratus ke atas import tembaga AS akan berkuat kuasa, umum Trump petang kelmarin di media sosial.

“Tembaga adalah bahan kedua paling banyak digunakan oleh Jabatan Pertahanan,” kataTrump. – AFP/AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI