fbpx

Siapa saya untuk bersuara? Politik memang tak campur – Dafi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dafi sekali lagi menegaskan dia tidak pernah mencampuri urusan poltik bapanya, Ismail Sabri. - MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI

KUALA LUMPUR – Selesa enggan mencampuri hal politik sejak dahulu, penyanyi Dafi mengakui tidak terkesan dengan isu terbaharu membabitkan bapanya juga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri, 37, bersyukur apabila masih ramai menghormati pendiriannya, sekali gus tidak mengaitkan dirinya dengan isu yang berlaku ketika ini

“Secara jujur, bukan nak cakap besar, tetapi situasi semasa yang membabitkan kerjaya politik ayah tidak sampai memberi kesan terhadap kerjaya seni saya.

“Saya berterima kasih kepada orang di luar sana sebab masih ada rasa hormat dan faham bahawa itu semua sebagai bahagian daripada kerja beliau.

“Saya ada kerjaya sendiri dan ramai pun tahu sejak dahulu pun saya ambil sikap tidak masuk campur hal keluarga, kerjaya dan politik,” katanya kepada Kosmo! Online.

Anak ketiga daripada empat bersaudara itu juga mengakui tiada keperluan untuknya memberikan maklum balas berkenaan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau apa jua isu
membabitkan bapanya.

“Kalau orang perasan, memang saya tak pernah komen atau jarang sangat nak sentuh soal politik. Saya tak pernah babitkan diri saya dengan bidang itu sebab ada kesedaran diri, itu bukan bidang saya.

“Jadi siapa saya untuk bersuara? Dari situ mungkin apabila berlaku benda-benda (kes) macam ini, tidak sampai tahap membebankan saya.

“Adalah sedikit sebanyak orang ‘seru’ nama saya tetapi saya rasa orang sudah belajar untuk menghormati yang saya menolak untuk bercakap pasal perkara itu,” ujarnya.

Menurut penyanyi Bila Terasa Rindu itu, keluarganya juga tidak banyak bercakap mengenai urusan kerja di rumah lebih-lebih lagi menyentuh urusan bapanya.

“Dia tak pernah menghalang untuk saya bersuara, cuma saya sendiri memilih untuk mengelak daripada memberi komen terhadap sesuatu yang bukan kapasiti saya untuk mengulas.

“Sebagai anak, saya cuma sokong beliau. Itu saja sahaja tanggungjawab saya selain berdoa semua urusannya berjalan lancar,” katanya.

Terdahulu, SPRM memfailkan permohonan untuk melucut hak wang tunai semuanya berjumlah lebih RM169 juta dalam pelbagai mata wang tempatan dan asing milik Ismail Sabri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI