fbpx

Russia timbang tanda tangan Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD (tengah) ketika ditemui pemberita di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di ibu negara hari ini.

KUALA LUMPUR – Russia kini mempertimbangkan untuk menandatangani Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) bersama ASEAN.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Luar, Datuk Mohamad Hasan selepas Mesyuarat Pasca Persidangan Menteri ASEAN dengan Russia sempena Mesyuarat Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58.

“Russia sekarang mempertimbangkan untuk tanda tangan SEANWFZ bersama ASEAN. Tapi perkara itu juga akan dirundingkan di peringkat pegawai,” katanya kepada media ketika ditemui di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, China dan Russia bersetuju untuk menandatangani perjanjian SEANWFZ, manakala Amerika Syarikat sedang meneliti untuk menandatangani perjanjian itu.

Beliau dipetik berkata, penglibatan kuasa besar dalam perjanjian berkenaan akan terus menjamin Asia Tenggara kekal sebagai sebuah rantau yang aman dan bebas senjata nuklear.

Dalam perkembangan lain, Mohamad memberitahu, semasa rundingan bersama Menteri Luar, Russia, Sergey Lavrov sebentar tadi, beliau turut menyuarakan keinginan Malaysia untuk menjalankan kerjasama berkaitan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)

“Saya menyatakan bahawa keinginan kita untuk mendapatkan lebih banyak tempat untuk menghantar pelajar kita (ke Russia) dan beliau (Lavrov) bagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI