fbpx

‘Rasa sakit di dalam.. Orang terus hakimi muka saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FATIYA kecewa orang ramai masih memandang negatif terhadap perubahan pada wajahnya.

PETALING JAYA – Pelakon sensasi, Fatiya Latiff meluahkan rasa sedih tentang perubahan pada wajahnya sehingga ada yang tidak mengenalinya lagi.

Menurut Fatiya atau nama lengkapnya Nur Fathia Abdul Latiff, 38, dia mengalami detik sukar kerana tidak berasa seperti dirinya sendiri.

“Saya rasa sakit di dalam. Orang terus menerus menghakimi saya dan mempersenda penampilan saya. Saya hanya lakukan rawatan kecil. Hanya ‘fillers’. Tetapi daripada rasa lebih baik, saya rasa lebih sedih sekarang.

“Saya dapat lihat beberapa perubahan pada muka saya. Dan sejujurnya, saya rasa saya kelihatan lebih teruk sekarang. Saya tidak lagi bersiap seperti dulu.

“Kadang-kadang saya saya rasa seperti orang tidak lagi mengenali siapa saya apabila saya keluar. Sukar untuk tidak berasa seperti diri saya sendiri,” luahnya dalam satu hantaran dalam Threads.

Luahan pelakon yang pernah mencipta fenomena menerusi drama Ariana Rose itu mendapat perhatian netizen yang masih memberi sokongan terhadapnya.

“Buat aktiviti senaman. Jaga diri elok-elok. Buang semua ‘filler’ yang ada pada wajah. Tukar ‘circle’ anda dan kembali kepada Allah. Allah sayang awak. Allah nak awak cari Dia balik,” komen netizen.

Netizen juga meminta agar dia mengabaikan kata-kata orang kerana perkara tersebut boleh mengganggu kesihatan mentalnya dan menjadikan dirinya kurang yakin untuk berdepan dengan orang ramai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI