fbpx

Perkeso teliti bentuk bantuan kepada Putri Qisya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Steven (tengah) hadir Karnival Kerjaya dan Keusahawanan MYFutureJobs anjuran Perkeso di Kompleks Penjara Seberang Perai di Jawi, hari ini.

SEBERANG PERAI – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan melihat bentuk bantuan yang sewajarnya kepada anak sulung pasangan suami isteri yang ditemukan lemas di Sungai Korok, di sini Isnin lalu.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, Perkeso juga akan menyemak sama ada pasangan itu merupakan pencarum atau mempunyai akaun dengan Perkeso.

“Saya akan minta Perkeso untuk melihat bagaimana kita boleh membantu waris,” katanya kepada pemberita apabila ditanya mengenai bentuk bantuan yang boleh disalurkan kepada anak mangsa, Putri Qisya Nur Izzat, 12, yang kini yatim piatu.

Beliau ditemui selepas hadir merasmikan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan MYFutureJobs anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Kompleks Penjara Seberang Perai di Jawi, Seberang Perai Selatan di sini, hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan penemuan jasad sepasang suami isteri dan empat anak mereka di dalam Sungai Korok. Sebelum itu, kehilangan anak beranak tersebut menimbulkan tanda tanda selepas dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak Sabtu lalu.

Mangsa yang maut ialah Mohamad Azim Izat Ishak, 32 dan isteri, Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, bersama anak mereka, Putra Rayyan Nur, 9, Hawa Adriana Nur, 8, Annayla Humaira Nur, 7, dan bayi perempuan, Tuah Hayda berusia enam bulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI