NEW DELHI – Seorang pengawal keselamatan mengundang perhatian ramai apabila dirakam menyambut pesakit dipercayai hantu pada awal pagi ketika bertugas di sebuah hospital di India, lapor portal berita The Daily Jagran
Kejadian dirakam sekitar pukul 3 pagi (waktu tempatan) oleh kamera televisyen litar tertutup (CCTV) pada tahun lalu sebelum tular di laman X, baru-baru ini.
Rakaman CCTV menunjukkan pengawal keselamatan terbabit sedang duduk di atas kerusi sebelum pintu masuk automatik tiba-tiba terbuka.
Dia kemudian menyambut ‘pesakit’ itu dengan mengambil kerusi roda.
Lebih seram, pesakit tersebut bukanlah manusia kerana bayang atau badannya tidak kelihatan.
Klip video itu mencatatkan lebih 140,200 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Saya yakin dia akan berhenti selepas melihat rakaman CCTV,” kata seorang netizen. – AGENSI