fbpx

Pelantikan hakim mahkamah atasan perlu cermat, elak dipolitikkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Istana Negara.

PETALING JAYA – Pelantikan hakim mahkamah atasan di negara ini perlu ditangani dengan cermat bagi mengelakkan perkara itu dipolitikkan.

Istana Negara menerusi satu kenyataan berkata, ia adalah urusan kenegaraan yang penting serta perlu ditangani secara berintegriti selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Mengikut Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, pelantikan hakim dibuat oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Ia dibuat atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan sama, perkara itu secara jelasnya menzahirkan prinsip semak dan imbang dalam sistem kehakiman negara.

“Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 [Akta 695] merupakan undang-undang yang memperuntukkan proses pemilihan calon hakim, namun kuasa untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong adalah terletak kepada Perdana Menteri.

“Hal pelantikan di bawah Perlembagaan Persekutuan hendaklah ditangani secara sah supaya perjalanan kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI