fbpx

Pejabat Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangunan pejabat Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang musnah dalam kebakaran awal pagi tadi. Foto ihsan bomba.

KAJANG – Sebuah bilik pejabat di bangunan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang musnah dalam satu kejadian kebakaran awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 1.18 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dengan bantuan BBP Bangi dikejarkan ke lokasi yang terletak kira-kira 5.2 kilometer dari balai dan tiba pada pukul 1.25 pagi.

“Kebakaran melibatkan sebuah bangunan sekolah tiga tingkat anggaran keluasaan bangunan 30×1000 kaki persegi.

“Kebakaran melibatkan tingkat dua bangunan berkenaan iaitu bilik pejabat berkeluasan 30×30 kaki persegi terbakar 95 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, kebakaran berjaya dikawal pada pukul 1.58 pagi dengan kekuatan 16 anggota serta bantuan enam jentera.

Beliau berkata, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI