fbpx

Pegawai biologi marin rugi RM500,000 terperdaya ‘phone scam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Seorang pegawai biologi marin di sebuah syarikat swasta kerugian RM500,000 gara-gara terperdaya sindiket penipuan panggilan telefon atau phone scam yang menyamar sebagai pegawai polis.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, kejadian berlaku pada 14 Mei lalu apabila mangsa berusia 44 tahun itu menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali yang mendakwa dia terlibat dalam pengubahan wang haram dan pemalsuan wang.

Katanya, lelaki itu pada keesokkan harinya juga dihubungi oleh suspek yang mengaku sebagai pegawai polis dari Kontinjen Pahang yang mengemukakan dokumen diri mangsa.

“Panggilan telefon tersebut kemudiannya disambungkan kepada pegawai penyiasat dari Bukit Aman.

“Akibat percaya dengan percakapan suspek, mangsa telah membuat pindahan wang secara dalam talian dan melalui mesin juruwang automatik (ATM) ke sembilan akaun berlainan berjumlah RM500,000,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, wang yang digunakan oleh mangsa adalah daripada simpanan sendiri dan wang yang dipinjam daripada ahli keluarga.

Katanya, mangsa membuat laporan polis semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI