fbpx

Pasangan kekasih didakwa bunuh Nisha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS membawa mayat Maniishapriet Kaur (dalam bulatan) keluar dari kediamannya di Cyberjaya pada Selasa lalu.

SEPANG – Sepasang kekasih didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh seorang penuntut universiti swasta di Cyberjaya pada 23 Jun lalu.

Tertuduh, M. Sri Darvien dan V. D. Thineswary masing-masing berusia 19 tahun mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Sri Darvien yang tidak bekerja didakwa membunuh Maniishapriet Kaur Akhara, 20, di sebuah kondominium di Cyberjaya antara pukul 9.11 malam sehingga 11.31 malam pada 23 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi Thineswary yang juga rakan serumah mangsa, dia didakwa bersubahat dengan Sri Darvien untuk melakukan pembuhan terhadap Maniishapriet di mana kesalahan tersebut dilakukan akibat persubahatannya.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah kondominium yang sama kira-kira pukul 12.30 tengah hari, 23 Jun lalu.

Oleh itu, tertuduh yang juga pelajar di sebuah universiti swasta itu didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sama dengan Sri Darvien.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI