fbpx
Oyen bersama beberapa selipar milik jiran yang dibawa pulang ke rumah pemiliknya di Seksyen 29, Shah Alam.

Oyen nakal ‘curi’ selipar jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seekor ku­cing berwarna oren atau dikenali sebagai Oyen menjadi perhatian penduduk di sebuah kawasan taman perumahan di Seksyen 29, Shah Alam apabila sering ‘mencuri’ selipar jiran-jiran.

Pemilik kucing itu, Noraini Darus, 55, berkata, perangai pelik Oyen mula dikesan sejak tahun lalu apabila kucing tersebut kerap membawa pulang daun, kertas dan kotak rokok, namun sejak dua bulan lalu, Oyen ‘me­ngumpul’ selipar pula.

“Pada mulanya, saya dengar Oyen bising di luar rumah, setiap hari dia akan bawa balik barang. Mula-mula saya ingat daun, rupa-rupanya selipar orang.

“Saya takut juga, sebab risau jiran marah. Saya terus maklumkan dalam kumpulan WhatsApp taman, nasib baik jiran-jiran tak kisah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Noraini berkata, rata-rata jiran pada awalnya tidak menye­dari kehilangan selipar mereka kerana menyangka ia perbuatan monyet atau anak-anak yang bermain.

“Suami saya pernah berseloroh di depan jiran, ‘selipar korang hilang ke? Oyen yang bawa balik.’

“Semua terus ketawa, mereka anggap lucu dan tak sangka ­kucing boleh buat pera­ngai begitu,” katanya.

Ujarnya, Oyen yang sudah lima tahun dipeliharanya mempunyai rutin yang unik setiap hari.

“Seawal pukul 5 pagi, Oyen akan kejutkan saya atau suami, panjat atas badan dan buat bunyi pelik sebelum minta keluar rumah.

“Selepas itu, kalau saya tak layan juga, Oyen akan jilat muka sampai kita geli-geli, rimas dan bangun. Itulah rutin Oyen. Selalunya saya akan bagi Oyen keluar selepas azan subuh.

“Kalau nak diikutkan setakat ini, hampir 20 pasang selipar te­lah dikutip Oyen.

“Biasanya selipar lama atau rosak yang ditinggalkan jiran. Kalau yang elok, mereka akan ambil balik,” katanya.

Menurutnya, walaupun tiada jiran yang marah, dia tetap bimbang perangai Oyen itu menimbulkan masalah.

“Lucu memang lucu, tetapi risau juga sebab ini barang orang. Mujur jiran-jiran semua baik, mereka anggap perkara ini mengeratkan lagi hubungan kejiranan,” ujarnya.

Noraini turut mendedahkan ada beberapa pasang selipar yang sehingga kini tidak diketahui pemiliknya.

“Ada juga selipar mahal, se­belah sahaja Oyen bawa balik. Ada juga jiran yang malu nak ambil balik sebab selipar dah comot, mereka kata biar sahaja di situ,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN