fbpx

Murung sebulan tertengok lelaki bogel atas treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang lelaki tidak berpakaian secara tiba-tiba berada di belakang sebuah treler.

PETALING JAYA – Seorang pemandu treler dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki tidak berpakaian yang secara tiba-tiba berada di bahagian belakang kenderaannya.

Menerusi perkongsian seorang pengguna di Facebook, lelaki tersebut dipercayai mengalami masalah mental dan enggan turun meskipun dipujuk secara baik oleh pemandu terbabit.

Menurut pemandu itu, pada awalnya dia mengesyaki sesuatu apabila banyak kenderaan membunyikan hon dan menunjuk ke arah belakang trelernya ketika dalam perjalanan.

“Saya pelik sebab ramai sangat hon dan tunjuk belakang. Bila saya berhenti dan turun, rupa-rupanya ada seorang lelaki dalam keadaan amat memalukan sedang terbaring.

“Saya dah cuba pujuk dia turun elok-elok, tapi dia langsung tak beri respon dan terus baring,”ujarnya menerusi klip tersebut.

Tambahnya, sebelum memulakan perjalanan, dia melihat lelaki berkenaan masih berpakaian dan berada di tepi treler, namun tidak menyedari waktu individu itu menanggalkan pakaian dan naik ke atas kenderaan berat itu.

“Masih saya turun kereta, dia masih elok terbaring dekat rumput dan saya fikir dia mabuk. Selepas saya ambik gambar kereta dihantar, saya tak perasan pula dia sempat menanggalkan pakaian dan melompat ke atas treler ini. Murung sebulan tengok keadaan tubuh badan dia,” tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan orang ramai berseloroh mengenai kejadian yang disifatkan sebagai satu dugaan berat buat pemandu treler itu.

“Ajaklah dia masuk dalam bang buat teman bawa treler itu boleh duduk sebelah,” komen Sam Adams.

“Mungkin dia naik treler kau sebab nak ‘healing’ bang nak pergi jalan-jalan. Bawa sahajalah dia bang,” kata Khairul Shah.

“Musim panas ini bang, dia tumpang ambik angin itu, sabar sahajalah bang berat dugaan ye,” ujar Bakhtiar Affandl. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI