fbpx

Messi mungkin pilih destinasi baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI akan mengakhiri kontrak di Inter Miami pada hujung tahun ini menyebabkan Al-Ahli mula menyatakan minat. - AFP

LONDON – Karier bintang sensasi Argentina, Lionel Messi dijangka tidak berakhir di Amerika Syarikat bersama Inter Miami apabila dia dilapor menerima tawaran baharu yang lebih menarik.

Kontrak kapten Inter Miami itu bakal berakhir pada hujung tahun ini menyebabkan beberapa pasukan sedang memantau secara dekat perkembangan itu serta bersedia mengemukakan tawaran yang menarik.

Ketika ini, gergasi Liga Arab Saudi, Al-Ahli dilapor kembali menghidupkan minat mereka untuk membawa Messi beraksi bersama pasukan itu sekali gus menambah populariti liga berkenaan yang sudah memiliki Cristiano Ronaldo.

Setakat ini, belum ada butiran mengenai tawaran yang bakal dikemukakan oleh kelab tersebut yang disokong oleh Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi, namun apa yang pasti ia tidak kurang hebat seperti yang diterima Ronaldo.

Messi juga ketika ini juga sedang memiliki kontrak selama tiga tahun sebagai duta apabila dilantik oleh Pihak Berkuasa Pelancongan Arab Saudi untuk mempromosikan negara itu dan meraih bayaran sebanyak £18.4 juta (RM105.99 juta).

Sekiranya perpindahan tersebut menjadi kenyataan, Messi bakal menyertai beberapa pemain berprofil tinggi lain seperti Roberto Firmino, Riyad Mahrez, Edouard Mendy dan Ivan Toney yang sudah menyertai pasukan itu.

Apa yang lebih menarik adalah perpindahan tersebut bakal mengulangi memori peminat untuk saingan La Liga apabila Messi dan Ronaldo yang sudah memperbaharui kontrak bersama Al- Nassr bakal bertembung sekali lagi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI