fbpx

Menara KL ‘bertukar biru’ sempena Minggu Perpaduan 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Menara Kuala Lumpur akan disinari cahaya lampu berwarna biru pada 18 dan 19 Julai ini sempena sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2025.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, simbolik cahaya biru di Menara Kuala Lumpur menandakan semangat perpaduan dan keharmonian antara kaum di Malaysia.

“Kementerian berterima kasih atas sokongan pihak Menara Kuala Lumpur sebagai rakan strategik dalam mempromosikan Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan tahun ini,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan merupakan acara tahunan Kementerian Perpaduan Negara bagi menyemarakkan semangat keharmonian rakyat Malaysia.

Sambutan pada tahun ini akan diadakan di pekarangan Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada 17 hingga 20 Julai akan datang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI