fbpx

Makin ramai akan dapat lesen B2 percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara peserta yang menerima lesen memandu dalam Program MyLESEN B2, yang disampaikan oleh Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, di Seremban, hari ini.-Foto oleh MOHD SHAHJEHAN MAAMIN / KOSMO!

SEREMBAN – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meneruskan program MyLESEN B2 dengan penambahan 10,000 kuota peserta bagi separuh tahun kedua ini, sebagai langkah membantu golongan berpendapatan rendah (B40) dan juga pelajar mendapatkan lesen secara sah.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, langkah itu menyusul selepas kejayaan fasa pertama program yang melibatkan lebih 15,000 peserta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

“Fasa baharu ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM3.5 juta yang disalurkan menerusi inisiatif Kementerian Pengangkutan.

“Setiap peserta akan menerima latihan penuh melibatkan modul Kursus Teori Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP01), Praktikal di Jalan Raya (KPP03), dengan nilai sekitar RM350 seorang.

“Tambahan kuota ini bukan sahaja akan membuka peluang kepada lebih ramai belia untuk memiliki lesen secara sah, malah dapat membantu mengurangkan kes-kes penunggang tanpa lesen yang menjadi salah satu punca utama kemalangan jalan raya,” katanya kepada pemberita dalam sidang media pada Majlis Penyerahan Lesen Memandu Program MyLESEN (B2) Peringkat Negeri Sembilan di Paroi di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, Datuk Aedy Fadly Ramli.

Dalam pada masa, Anthony Loke turut menggesa kerjasama rapat daripada pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk menyenaraikan pelajar yang menunggang motosikal ke sekolah dan mengenal pasti status lesen mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI