fbpx

Lima mangsa helikopter terhempas dirawat di HSA – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sebuah helikopter jenis AS355N dengan nombor pendaftaran 9M-PHG milik pasukan itu terhempas berhampiran Sungai Pulai, Gelang Patah pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail memaklumkan, kejadian berkenaan berlaku sekitar pukul 10.25 pagi tadi.

Katanya, pesawat berkenaan sedang menyertai latihan keselamatan serantau iaitu sebahagian daripada latihan amal pelbagai agensi sempena Nuclear Security Detection Exercise Malaysia-Thailand-Singapore 2025 (MITSATOM 2025)

“Helikopter tersebut telah berlepas dari Balai Polis Tanjung Kupang pada pukul 9.51 pagi dan kemalangan dilaporkan berlaku di kawasan Jeti Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Gelang Patah,” kata dalam kenyataan hari ini.

Pesawat berkenaan katanya, membawa lima anggota PDRM, terdiri daripada dua pegawai kanan dan tiga anggota termasuk juruterbang dari Pasukan Gerakan Udara Bukit Aman serta anggota dari Balai Polis Tanjung Kupang.

“Kesemua mangsa, terdiri tiga lelaki dan dua wanita, berjaya diselamatkan oleh Pasukan Polis Marin sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut,” ujarnya.

Mohd. Khalid menjelaskan, Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia akan menjalankan siasatan menyeluruh mengikut peruntukan Bahagian XXVI Peraturan Penerbangan Awam 2016.

“PDRM merakamkan penghargaan kepada semua agensi penyelamat termasuk APMM dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia atas tindakan pantas dan kerjasama yang diberikan.” jelasnya.

Beliau turut meminta orang ramai agar tidak menyebarkan video insiden atau membuat spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan dan sensitiviti keluarga mangsa.

“Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi PDRM,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI