fbpx

‘Lelaki idaman saya, dia miliki tubuh badan yang cergas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahirine mengakui kini rapat dengan pelumba basikal Malaysia yang dikenali sebagai Hafidz Hamid.

PETALING JAYA – Pelakon Ahirine Ahirudin mengakui sedang berada dalam fasa mengenal hati budi seorang pelumba basikal profesional Malaysia yang dikenali sebagai Hafidz Hamid.

Menurut Ahirine, 29, hubungan mereka bagaimanapun masih lagi dalam fasa perkenalan, namun dalam masa sama sedang merencana perancangan masa depan bersama.

“Kami masih dalam fasa mengenali antara satu sama lain dan menariknya kami memiliki banyak impian yang sama.

“Dia memenuhi kriteria lelaki idaman saya iaitu memiliki tubuh badan yang cergas dan aktif,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Tambahnya, dia mula tertarik dengan Hafidz selepas melihat semangat jejaka berkenaan apabila terlibat dalam siri jelajah berbasikal ke beberapa negara sebelum ini.

Dalam masa sama, Hafidz juga banyak membantunya dalam mempersiapkan diri untuk sukan larian dan berbasikal.

“Dia pernah merentas lebih 30 negara dari London ke Malaysia dengan menaiki basikal. Dia boleh dianggap jurulatih saya untuk larian dan berbasikal.

“Saya jatuh cinta dengan semangatnya. Ditambah pula badan dia ‘fit’ dan tak boroi,” ujarnya.

Enggan meletakkan sebarang harapan tinggi, Ahirine berkata, dia menyerahkan segala aturan hidup termasuk soal cinta kepada Tuhan.

Sebelum ini, hubungan mesra mereka mula dihidu peminat apabila pasangan itu kerap meluangkan masa bersama dan muncul di beberapa acara sukan bersama.

Dia juga kerap memuat naik foto romantis bersama Hafidz sekaligus membuatkan ramai netizen mula membuat andaian mereka sedang menjalin hubungan istimewa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI