fbpx

Lelaki baling batang besi, batu pada kereta 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan lelaki itu melemparkan batu ke arah beberapa kenderaan di Bangkok. - TikTok

BANGKOK – Seorang lelaki di Thailand mengundang perhatian orang ramai selepas dirakam melempar batu ke arah kenderaan dan pengguna jalan raya lain, lapor portal berita VNExpress. 

Kejadian berlaku di Jalan Srinakarin dekat Bangkok kelmarin. 

Rakaman kejadian dimuat naik di platform TikTok oleh akaun  @ion_x_noi menunjukkan lelaki terbabit berjalan di tengah jalan sambil memegang batang besi. 

Dia kemudian mengambil batu dan membalingnya ke arah pengguna jalan raya, demikian menurut portal berita KhaoSod. 

Orang ramai termasuk penghantar barang bergegas menahan lelaki tersebut.    

Mereka berjaya mengawal situasi tanpa berlaku kecederaan. 

Masih belum jelas nasib lelaki tersebut. – AGENSI                                                                 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI