fbpx

Kereta api berhenti, gajah beranak di landasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seekor gajah betina cuba melahirkan anak di tepi landasan kereta api. - X

NEW DELHI – Penumpang sebuah kereta api di negeri Jharkhand mengalami kelewatan melebihi dua jam selepas seekor gajah beranak di tepi landasan, lapor portal berita Hindustan Times semalam. 

Rakaman video dimuat naik di laman X oleh akaun @byadavbjp menunjukkan kereta api itu berhenti tidak jauh dari seekor gajah betina. 

Gajah itu berjalan di sekitar landasan kereta api sebelum melahirkan seekor anak. 

Orang ramai keluar daripada kereta api dan mengeluarkan telefon bimbit mereka untuk merakam kejadian itu. 

Tidak lama kemudian, haiwan itu kembali ke hutan bersama anaknya. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 29,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Saya bangga dengan pengendali kereta api kerana berhenti tepat pada masanya” kata seorang netizen. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI