fbpx

‘Kena hantar nasi kandar jamu Tun M’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nasi dalam bentuk angka 100 yang dihidangkan bersama kuah kari, cili dan telur masin.

GEORGE TOWN – Restoran Nasi Kandar Sulaiman mencipta kreativiti sendiri sempena ulang tahun kelahiran ke-100 kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila menghasilkan seni pada hidangan signatur Pulau Mutiara itu, hari ini.

Menerusi laman Facebooknya, pihak premis berkenaan menyediakan setalam nasi dalam bentuk angka 100 yang dihidangkan bersama kuah kari, cili dan telur masin.

“Ini dia kira buat ‘tribute’ kepada Tun Mahathir kita yang hari ini telah mencecah umur 100 tahun. Rasanya satu-satunya bekas PM (Perdana Menteri) yang mencecah umur 100 tahun,

“Kita pacak empat cabai atas sebiji telur masin dan tujuh cabai atas sebiji lagi telur masin. Tanda Tun pernah pegang jawatan PM yang ke-4 dan 7.

“Apa-apa pun semoga Tun Mahathir kita sentiasa dirahmati Allah,” tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata pengguna media sosial turut meninggalkan komen balas yang positif dan memuji kreativiti yang dihasilkan oleh pihak restoran berkenaan.

“Kena hantar nasi kandar jamu Tun M,” tulis Shafiq Edris.

“Terbaik Nasi Kandar Sulaiman. Semoga Tun M dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik. Banyak jasa kepada negara,” balas Mohamad Firdaus. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI