fbpx

Kedah cadang tanam pokok buluh madu tepi Sungai Korok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD Sanusi (tiga dari kiri) menyerahkan replika kunci kepada pemilik rumah pada Majlis Penyerahan Kunci Mutiara Bandar Puteri Jaya Fasa 7 di Sungai Petani, hari ini.

SUNGAI PETANI – Kerajaan negeri  mencadangkan beberapa langkah alternatif bagi mengurangkan risiko kemalangan jiwa di jalan Sungai Korok, Jitra termasuk menanam buluh madu dan membina tebing tanah, susulan tragedi meragut enam nyawa sekeluarga baru-baru ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, selain pemasangan pagar penghadang dan lampu jalan, penanaman buluh madu berpotensi menjadi langkah penahan yang lebih jimat dan mesra alam terutama di kawasan yang masih memiliki rizab tanah mencukupi di tepi sungai.

“Saya pun sudah melawat keluarga mangsa, sungai itu sungai MADA, jalannya lurus. Kelmarin ada dibincangkan sikit, ramai yang mencadangkan supaya diletakkan guard rail (pagar penghadang) .

“Tapi saya ada cadangkan juga supaya tanam buluh sebagai penahan dan landskap. Saya akan cadangkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenai perkara ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Mutiara Bandar Puteri Jaya Fasa 7, di sini hari ini.

Muhammad Sanusi berkata, buluh madu berbeza daripada buluh lemang kerana spesies itu lebih sesuai digunakan sebagai penghadang dan harganya juga jauh lebih murah berbanding pemasangan pagar penghadang.

“Kos pasang ‘guard rail’  satu kilometer  (km) boleh cecah RM400,000. Kalau nak buat 15 km, sudah cecah RM6 juta tapi buluh kita tanam, lambat sikit matang, tapi kalau ‘guard rail’ pula, kalau tak ada duit, lagi lambat nak pasang, mungkin tak jadi langsung,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, cadangan itu akan dikemukakan kepada JKR untuk pertimbangan teknikal mengikut kesesuaian lokasi memandangkan tidak semua kawasan sesuai dipasang pagar penghadang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI