fbpx

Jambatan runtuh tiba-tiba, 10 maut terjunam dalam sungai  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa kenderaan terjunam ke dalam sungai apabila sebahagian Jambatan Gambhira runtuh semalam. - NDTV

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 10 orang maut, manakala sebilangan lagi cedera selepas  kenderaan dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai apabila sebuah jambatan di negeri Gujarat runtuh, lapor portal berita The Economic Times. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 7.30 pagi (waktu tempatan) melibatkan Jambatan Gambhira,  daerah Vadodara semalam. 

Menteri Kesihatan Gujarat, Rushikesh Patel berkata, lima hingga enam kenderaan jatuh ke dalam Sungai Mahisagar apabila Jambatan Gambhira tiba-tiba runtuh. 

“Jambatan ini dibina pada tahun 1985 dan penyelenggaraan dilakukan secara berkala apabila diperlukan,” tambah Patel. 

Polis, pasukan penyelamat dan agensi berkaitan bergegas ke tempat kejadian bagi melancarkan operasi menyelamat mangsa yang terperangkap di bawah timbunan serpihan. 

“Beberapa kenderaan yang melalui jambatan ini terjunam ke dalam sungai. Kami sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat. 

“Setakat ini, 10 mayat dikeluarkan dari sungai,” kata seorang pegawai bomba. 

Ketua Menteri Gujarat, Bhupendra Patel berkata, beliau telah mengerahkan pakar-pakar  teknikal untuk melakukan siasatan untuk mengenal pasti punca jambatan itu runtuh. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI