JAKARTA – Seorang wanita mengundang perhatian orang ramai apabila dirakam mengikat beg sekolah anaknya pada bangku kayu supaya dia dapat duduk di depan kelas, lapor portal berita Lambe Turah semalam.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan wanita terbabit sedang mengikat beg anak lelakinya dengan tali rafia.
Dia berbuat sedemikian agar anaknya tidak duduk di barisan belakang, walaupun ditegur oleh guru bahawa tempat duduk pelajar akan berubah setiap minggu.
Malah, perbuatan itu dilakukan lima hari sebelum sesi persekolahan bermula.
Rakaman itu mencatatkan lebih 22,500 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Lain kali bawa kerusi meja sendiri, letak sebelah meja guru,” kata seorang netizen.
“Lagi seronok duduk di belakang, boleh tidur,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI