ISKANDAR PUTERI – Dua daripada lima kru helikopter lima kru helikopter jenis AS355N, nombor pendaftaran 9M-PHG milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terhempas ke dalam Sungai Pulai, Gelang Patah, di sini pagi tadi dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, mereka kini sedang dirawat di unit kecemasan dan diberikan bantuan pernafasan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.
Menurutnya, tiga kru lain yang terlibat dalam kemalangan tersebut berada dalam keadaan stabil.
“Daripada lima kru holikopter itu, dua agak kritikal yang menyebabkan mereka memerlukan bantuan pernafasan manakala yang lain itu dalam keadaan stabil. Mereka terdiri daripada masing-masing kru lelaki dan wanita.
“Alhamdulillah, dengan pertolongan bantuan doktor-doktor pakar yang ada di HSA ini, saya percaya kita dapat membuat yang terbaiklah untuk mereka,”katanya selepas lokasi helikopter terhempas di Jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Jalan Cabang, Pekajang, Gelang Patah di sini.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan sebuah helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan terhempas ke dalam Sungai Pulai ketika melakukan latihan helikopter jenis AS355N, nombor pendaftaran 9M-PHG milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas ketika melakukan Latihan Amal Pelbagai Hala Sekuriti Nuklear Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura 2025 (MITSATOM 2025).
Kejadian pada pukul 10.15 pagi itu berlaku berhampiran Jeti APMM, Jalan Cabang, Pekajang, Gelang Patah di sini.-KOSMO! ONLINE