fbpx

Harimau Malaya melonjak enam anak tangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harimau Malaya kini hanya dipisahkan 31.44 mata dengan Vietnam. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

PETALING JAYA – Revolusi Harimau Malaya mula menjelmakan hasil positif apabila skuad negara melonjak enam anak tangga untuk berada di kedudukkan 125 dalam senarai terkini ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Dalam kemaskini ranking FIFA hari ini, Malaysia menambah 14.91 mata hasil keputusan seri 1-1 pada aksi persahabatan menentang Cape Verde dan kemenangan 4-0 ke atas Vietnam dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027.

Rentetan kekalahan kepada Harimau Malaya, Vietnam yang kini dilatih Kim Sang-sik merudum empat anak tangga dan kini berada di kedudukan 113 dunia.

Thailand yang jatuh tiga anak tangga masih muncul pasukan Asia Tenggara terbaik apabila berada di tangga ke 102 manakala seteru Harimau Malaya, Indonesia mendaki lima anak tangga untuk berada di kedudukan 118 dunia.

Perkembangan ini menjadi khabar positif buat bola sepak negara ketika peminat turut menagih aksi lebih baik daripada anak buah Peter Cklamovski sekaligus berpeluang untuk berada di kedudukan lebih baik pada masa akan datang khususnya pada kemaskini seterusnya, 18 September nanti.

Negara Asia Tenggara lain menyaksikan Filipina berada di tempat 145, Singapura (159), Myanmar (160), Kemboja (180), Brunei (183), Laos (185) dan Timor Leste (195).

Malaysia masih berpeluang untuk perbaiki kedudukan dalam ranking dunia sekiranya terus beraksi cemerlang pada Piala Negara Persatuan Bola Sepak Asia Tengah (CAFA) 2025 yang dijadualkan berlangsung penghujung bulan depan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI