fbpx

FAM hanya terima lima aduan libatkan pengadil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAM menganggap prestasi pengadil sepanjang musim lalu dianggap cemerlang selepas hanya menerima lima aduan sahaja.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) melabel pengadil tempatan berjaya melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang apabila hanya menerima lima aduan daripada pasukan sepanjang saingan Liga Malaysia (Liga M) musim lalu.

Timbalan Presiden FAM, Datu S. Sivasundaram yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM memaklumkan bahawa Unit Pengadil FAM telah membuat analisa menyeluruh berkaitan dengan prestasi pengadil Liga M musim lepas.

“Berdasarkan laporan Unit Pengadil FAM, prestasi pengadil Liga M musim 2024-2025 berada pada tahap cemerlang berbanding dengan musim 2023/24. Pada musim lalu, sebanyak 208 perlawanan menggunakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR).

“Daripada jumlah itu, FAM hanya menerima lima aduan rasmi daripada pasukan bertanding iaitu empat aduan perlawanan Liga Super dan satu aduan aksi Piala Malaysia,” katanya yang menjelaskan setiap insiden disemak secara tepat mengikut pematuhan protokol VAR.

Daripada 208 perlawanan, pengadil VAR telah membuat sebanyak 1,255 semakan, sebanyak 101 semakan melibatkan ‘On Field Rieview’ (OFR).

Secara peratusan, pengurangan aduan berbanding musim 2023/24 satu perkembangan yang bagus dan Sivasundaram menjelaskan penggunaan VAR adalah baik untuk pengadil tempatan.

“Jumlah aduan pada musim 2024/25 berkurangan pada 2.24 peratus berbanding dengan 4.15 peratus pada musim 2023/24. Manakala, ketepatan keputusan pengadil di padang bagi musim 2024-2025 bertambah baik dengan kadar 98.07 peratus berbanding musim 2023/24 dengan kadar 88.76 peratus,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI