fbpx

EPL: Rancangan Berta hancurkan seteru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERTA (kanan) aktif melakukan rundingan dengan banyak kelab dalam pasaran perpindahan ketika ini. - AFP

LONDON – Pengarah Sukan Arsenal, Andrea Berta mahu terus berbelanja mendapatkan bintang-bintang besar bagi memastikan kelab itu berjaya mencapai sasaran menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

Kapten Brentford, Christian Norgaard menjadi pembelian ketiga Arsenal selepas terdahulu berjaya menyambar dua pemain berprofil tinggi iaitu Kepa Arrizabalaga (Chelsea) dan Martin Zubimendi (Real Sociedad).

Kini, Berta terus aktif melakukan rundingan intensif bersama kem Crystal Palace dalam usaha mencapai kata sepakat berhubung yuran perpindahan arkitek tengah pasukan itu, Eberechi Eze.

Eze, 27, telah bersetuju dengan terma kontrak Arsenal biarpun turun menjadi buruan Liverpool dan Tottenham Hotspur, cumanya perpindahan itu sukar dimeterai disebabkan klausa bernilai £68 juta (RM392.55 juta).

The Gunners merasakan kehadiran Eze mampu mewujudkan kreativiti baharu di bahagian tengah bersama Martin Odegaard menyebabkan mereka mahu melengkapkan urusan itu segera sebelum memulakan kempen pramusim.

Dalam masa sama, kem Arsenal juga hanya menanti masa untuk menandatangani penyerang baharu selepas Viktor Gyokeres hangat disebut-sebut bakal mengetuai jentera serangan musim depan.

Jika menjadi kenyataan, kesemua muka-muka baharu itu mampu memastikan skuad bimbingan Mikel Arteta tersebut menjadi salah satu pasukan digeruni di EPL selain Liverpool dan Manchester City.

Sebagai rekod, Arsenal muncul naib juara EPL tiga musim berturut-turut sejak 2022 dengan kali terakhir menjuarai gelaran liga adalah pada 2004. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI