fbpx

Empat majikan gaji PATI didenda RM5,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat majikan direman RM5,000 atas kesalahan menggaji PATI di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Empat majikan masing-masing dikenakan denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggaji pendatang asing tanpa izin (PATI) pada tiga bulan lalu.

Hakim Nazlyza Mohamad Nazri menjatuhkan hukuman itu selepas kesemua tertuduh iaitu Loo Tze Lun, 36; Lim Shiao Kai, 48; Soo Suwt Keng, 58; dan Tee Chan Lai, 55 mengaku bersalah selepas setiap pertuduhan dibacakan secara berasingan.

Berdasarkan pertuduhan, Tze Lun didakwa membenarkan seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) memasuki dan tinggal di premis miliknya di hadapan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Dungun pada pukul 6.10 petang, 7 April lalu.

Shiao Kai pula didakwa melakukan perbuatan sama di sebuah premis di Jalan Bandar, di sini pada pukul 10.50 pagi, 6 April lalu.

Tertuduh ketiga, Suwt Keng didakwa membenarkan seorang PATI masuk dan tinggal di premis miliknya juga di Jalan Bandar, di sini pada pukul 11.05 pagi, 6 April lalu.

Bagi Tee Chan Lai pula, dia didakwa melakukan perbuatan sama di sebuah tapak pembinaan di Wakaf Tapai, Marang pada pukul 10.20 pagi, 22 Jun lalu.

Mereka didakwa mempunyai kawalan ke atas premis yang diduduku PATI terbabit.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 55E(1) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) yang memperuntukkan hukuman denda antara RM5,000 hingga RM30,000 atau penjara maksimjm 12 bulan atau kedua-duanya bagi setiap PATI ditahan jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI