fbpx

DUN Selangor: JDT penghalang utama menang Liga Super, Piala Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD NAJWAN

SHAH ALAM- Kerajaan Selangor mengakui kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) penghalang utama Selangor FC (SFC) menjuarai Liga Super dan Piala Malaysia dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd. Najwan Halimi berkata, ia merupakan cabaran utama dengan pihak pengurusan SFC sedang berusaha untuk memperkuatkan pasukan bagi saingan musim bola sepak musim ini.

“Apa yang baik daripada JDT kita ambil seperti program latihan yang dipraktikkan oleh JDT, kita boleh contohi dan ambil.

“Walaupun JDT menjadi penghalang, kita akan terus berusaha sehingga boleh menggapai kesemua kejuaraan yang dipertandingkan dalam liga bolasepak negara ini,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Terdahulu, Noor Najhan Mohamad Salleh (PN-Sementa) dalam soalan tambahannya ingin mengetahui perkara utama menghalang SFC menjuarai kejuaraan seperti era kegemilangannya pada tahun 90an.

Mohd. Najwan memberitahu, SFC mengambil pendekatan hybrid dengan menekankan pembangunan bakat tempatan terus menjadi keutaaman disamping merekrut pemain warisan yang mendapat pendedahan bertaraf antarabangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI