fbpx

Brendan Gan kembali ‘rujuk’ dengan bekas kelab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRENDA Gan sudah pun diumumkan secara rasmi sertai bekas kelabnya, Sutherland Sharks di Liga Australia.

PETALING JAYA – Bekas bintang Kuala Lumpur City, Brendan Gan kini sah diumumkan sebagai pemain baharu Sutherland Sharks untuk harungi saingan Liga Perdana Kebangsaan New South Wales.

Ia pastinya menjadi kepulangan yang dinantikan oleh peminat The Sharks memandangkan Brendan pernah menyarung jersi kelab itu di awal karier profesionalnya pada 2000 hingga 2008 sebelum berhijrah ke Sydney FC.

“Kami sangat teruja untuk mengalu-alukan Brendan Gan kembali ke tempat semuanya bermula. Brendan membuat penampilan sulung profesionalnya pada usia 17 tahun bersama kami pada 2008, sebelum bermain untuk Sydney FC, Kuala Lumpur City dan Kelantan dan beberapa kelab lain lagi.

“Beliau juga menghabiskan beberapa musim di Malaysia, mengetuai Selangor FC dan membuat 37 penampilan untuk pasukan kebangsaan Malaysia,” menurut kenyataan rasmi Sutherland Sharks.

Brendan bakal memakai jersi 88 dan akan mencurahkan pengalamannya buat Sutherland Sharks sekaligus mampu memberi inspirasi kepada generasi muda dan bakal menjadi individu penting kepada perjalanan pasukan sepanjang kempen 2025. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI