fbpx

Ajal rempuh kereta buat pusingan U di garisan berkembar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN motosikal yang terlibat dalam kemalangan semalam.

MELAKA – Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal ditunggang merempuh sebuah kereta yang membuat pusingan U dalam kejadian di Jalan Cheng Perdana, Paya Rumput di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.25 malam itu, mangsa, Ajmal Mat Ali, 36, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dan sebuah kereta jenis Perodua Axia sedang dalam perjalanan dari arah Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) menghala ke Cheng Perdana.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Axia dipandu lelaki berusia 52 tahun tiba-tiba membuat pusingan U di laluan garisan berkembar, mangsa yang tidak sempat mengelak telah melanggar bahagian sisi kanan kereta tersebut.

“Impak pelanggaran menyebabkan penunggang motosikal maut di lokasi sementara pemandu kereta cedera pada bahagian kepala dan tangan,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI