fbpx

[VIDEO] ‘Patutlah dia nak cepat, sebab nak parkir situ’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan kenderaan tersebut yang tersaidai selepas terbabis di bulatan jalan.

PETALING JAYA – Tular di media sosial rakaman sebuah kereta jenis Toyota Alphard yang dipercayai terbabas selepas memandu laju di kawasan bulatan jalan.

Menerusi rakaman papan pemuka (dashcam) memaparkan kenderaan itu memberikan isyarat lampu tinggi (high beam) kepada kereta di hadapannya, seolah-olah mahu memintas bagi meneruskan pemanduan dengan lebih laju.

Namun, kereta tersebut kemudian dilihat tersadai di atas bulatan jalan dipercayai akibat hilang kawalan kerana dipandu terlalu laju.

“Laju-laju nak ke mana, dalam hati memang sudah agak ke ’roundabout’ (bulatan jalan) ini perginya,” kata seorang pengguna di TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersoloroh mengenai insiden itu yang disifatkan akibat ketamakan pemandu kenderaan tersebut.

“Baiklah faham, nak lepak tempat tinggi, nak jadi orang pertama. Patutlah tak nak bagi orang lain peluang. Tidak mengapalah kalau begitu,” komen Adiwira Najashi.

“Dia memang nak jadi tugu dekat bulatan itu kot sebab itu dia bawa laju terus parkir atas itu,” kata Ayu Faa.

“Kalau kes macam ini, saya nampak selepas itu turun kereta dan gelak puas-puas bang,” ujar Pi. – KOSMO! ONLINE

@hasnulaisbam Laju2 nk kemana..dalam hati mmg agak da ke roundabout peginya #sarawak ♬ syameer masih dijalanan – SYAMEER💫

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI