PETALING JAYA – Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan beberapa gerai haram di sekitar Pantai Dalam, Kuala Lumpur menarik perhatian orang ramai.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok oleh pengguna @Nurul Asyikin, memaparkan sebuah jengkaut digunakan untuk meroboh dan membersihkan kawasan perniagaan tidak berlesen.
Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.
“Banyak orang Indonesia yang berniaga. Kerajaan sebelum ini tidak bertegas kepada warga asing datang ke Malaysia untuk berniaga macam di Indonesia,” kata @Ahmad Yunus.
“Bukan nak menganiaya sesiapa. Datang ke sini (Malaysia) ikut apa ditulis dalam visa, sama ada buruh, kerja ladang atau perusahaan. Tak boleh berniaga jika bukan visa berniaga. Tak kiralah apa bangsa sekalipun,” kata @hashimijanhashim.
“Madani terbaik,” tulis @Samdallaz75. – KOSMO! ONLINE
@nurul.asyikin785♬ suara asli – Rosdiani Ahmad husin