fbpx

Ulat keluar daripada kulit lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki mendakwa ulat muncul dari kulitnya. - Foto Facebook

BANGKOK – Seorang lelaki di wilayah Chiang Rai, Thailand meminta bantuan pasukan kecemasan selepas mengalami keadaan aneh di mana serangga menyerupai ulat muncul daripada kulitnya, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Lelaki berusia 59 tahun itu menghubungi anggota-anggota penyelamat dari Yayasan Thap Yang bagi membantu mencari penawar simptom aneh yang dialaminya.

Semasa berada di hutan mencari rebung, dia dikerumuni oleh serangga tidak dikenali yang berkumpul di sekeliling kepala dan badan, menyebabkan lelaki tersebut segera meninggalkan kawasan itu.

Dua hari kemudian, dia mengalami gatal-gatal yang teruk di seluruh kepala dan badannya. 

Apabila menggaru, dia melihat terdapat ulat putih muncul dari pelbagai bahagian tubuhnya, termasuk kulit, lipatan kuku, sudut mata dan alat sulitnya.

]Salah seorang penyelamat dikenali sebagai Noom Phayayom berkongsikan kisah lelaki itu di Facebook dan dengan pantas menarik perhatian netizen Thailand.

Ramai pengguna media sosial melahirkan kebimbangan dan simpati, manakala yang lain menggesa lelaki itu mendedahkan lokasi sebenar hutan tersebut supaya mereka dapat mengelak daripada memasukinya.

Menurut laman berita Chiang Mai News, lelaki itu kini dirawat di sebuah hospital. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI