fbpx

Tze Yong terus ‘berehat’ di Doha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TZE YONG dikatakan sudah selamat menjalani pembedahan terhadap kecederaan ACL di Doha baru-baru ini.

PERSEORANGAN lelaki negara, Ng Tze Yong akan terus berada di Doha, Qatar selama empat minggu bagi meneruskan proses pemulihan selepas selamat menjalani pembedahan anterior cruciate ligament (ACL).

Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Kenny Goh berharap pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu dapat mengikuti program pemulihan tanpa sebarang masalah.

Kenny berkata, pihak badan induk itu masih akan memantau perkembangan Tze Yong di sana sebelum dia kembali ke tanah air bagi menjalani proses pemulihan lanjut berhubung kecederaannya.

“Setakat ini, apa yang kami terima (kondisi Tze Yong) semuanya berada dalam keadaan baik dan pembedahan pun sudah selamat dijalankan. Kita harap dia boleh dapat mengikuti program pemulihan.

“Dia akan menjalani proses pemulihan di sana sebelum kembali ke sini. Buat masa ini, dia akan kekal di sana selama empat minggu tetapi kita tengok bagaimana keadaannya nanti,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara semalam.

Sebagai rekod, Hospital Aspetar yang menjadi pusat rawatan Tze Yong pernah merawat beberapa bintang sukan dunia, termasuk penyerang berbisa Manchester City, Erling Haaland serta legenda Brazil, Neymar.

Tze Yong kembali beraksi April lalu selepas berehat selama 14 bulan akibat dua pembedahan tulang belakang, namun dia sekali lagi ditimpa malang apabila mengalami kecederaan ACL ketika pusingan pertama Malaysia Masters pada Mei lepas.

Sebaik kembali daripada kecederaan belakang sebelum ini, pemain No. 195 dunia itu sempat menyertai empat kejohanan termasuk Kejohanan Badminton Asia (BAC), Terbuka Taiwan, Terbuka Thailand dan Malaysia Masters.

Sementara itu, Kenny turut menyatakan BAM sedia untuk membantu perseorangan profesional, Lee Zii Jia sekiranya diperlukan selepas pemain berusia 27 tahun itu membuat hantaran di Instagram yang memaparkan ilustrasi hitam putih penuh misteri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI