TOKYO – Seorang pelajar universti di Jepun yang mempunyai tahap kecerdasan otak (IQ) 140 mencetuskan kontroversi kerana muncul dalam filem dewasa, lapor sebuah laman berita.
Dia yang mempunyai nama keluarga Rui merupakan pelajar cemerlang fakulti sains sebuah universiti berprestij di Tokyo.
Laman berita Science Illustrated melaporkan bahawa IQ melebihi 140 boleh dianggap sebagai seorang yang genius.
Maharaja pertama Perancis, Napoleon Bonaparte mempunyai anggaran IQ 145, manakala penyanyi terkenal, Shakira dan Madonna masing-masing mempunyai IQ 140.
Pelajar tersebut juga berasal daripada keluarga yang juga bekerja dalam bidang sains.
Aktres itu mempunyai ketinggian 158 sentimeter dan disebabkan kecerdasan otaknya, dia digelar ‘Science Lady’. – AGENSI