fbpx

Restoran, kedai gunting rambut ‘hipster’ gaji PATI digempur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara warga asing yang ditahan dalam operasi itu semalam. -FOTO/ ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM – Dua restoran dan sebuah kedai gunting rambut ‘hipster’ yang disyaki menggaji pendatang asing tanpa izin (PATI) sebagai pekerja digempur semalam.

Serbuan itu dilakukan Jabatan Imigresen Selangor menerusi Op Selera dan Op Dandan di sekitar daerah ini dan Klang, bermula kira-kira pukul 1 tengah hari berjaya menahan 24 warga asing berusia 23 hingga 50 tahun.

Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, semasa serbuan dilakukan terdapat beberapa cubaan pekerja asing melarikan diri namun gagal selepas dicekup anggota penguat kuasa.

“Kesemua tangkapan itu terdiri daripada 12 warga India, Sri Lanka (8) serta Myanmar (4). Kesemua mereka dihantar ke Depoh Imigresen Semenyih bagi tindakan reman dan membantu siasatan,” katanya hari ini.

Tambah Khairrul Aminus, kes itu disiasat pihaknya mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1958/63.

“Operasi seumpama itu akan dijalankan secara berterusan dan kita mengingatkan agar tidak melindungi PATI dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan kepada Imigresen bagi tindakan lanjut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI