fbpx

Rel sistem wagon Perang Dunia Kedua ditemui di Fort Cornwallis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow meninjau rel keluli yang dipercayai tinggalan sistem pengangkutan 'wagon' era Perang Dunia Kedua di George Town, hari ini.

GEORGE TOWN – Pulau Pinang sekali lagi mencatat sejarah arkeologi apabila sepasang rel keluli yang dipercayai tinggalan sistem pengangkutan ‘wagon’ era Perang Dunia Kedua ditemui tertanam di bawah jalan moden bersebelahan Fort Cornwallis.

Penemuan yang tidak dijangka itu berlaku pada 26 Jun lalu ketika kerja-kerja menaik taraf laluan pejalan kaki dan landskap dilakukan di Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, berhampiran benteng barat laut kubu bersejarah tersebut.

Rel sepanjang lebih 7.4 meter itu dikesan lengkap dengan susunan ‘sleeper’ asal, menjadi bukti fizikal yang signifikan kepada infrastruktur logistik ketenteraan silam di tengah-tengah bandar warisan George Town.

Menurut Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, penemuan rel ini bukan sekadar mengejutkan pasukan projek yang sedang menjalankan kerja-kerja konservasi di sekitar Fort Cornwallis, malah membuka satu lagi dimensi penting dalam pemahaman sejarah pertahanan dan peranan strategik pulau ini semasa era peperangan.

“Ini adalah satu penemuan luar biasa sesuatu yang langsung tidak dijangka ketika projek ini bermula.

“Ia menambah satu dimensi baharu dalam pemahaman kita terhadap Fort Cornwallis dan kawasan sekitarnya,” katanya pada sidang akhbar di lokasi penemuan rel tersebut di Fort Cornwallis di sini, hari ini.

Kon Yeow berkata, rel tersebut dipercayai sebahagian daripada sistem pengangkutan ringan yang dibina pihak British dan mungkin digunakan secara aktif oleh tentera Jepun semasa perang untuk mengangkut peluru, makanan serta minyak dari pelabuhan ke gudang penyimpanan di sekitar Esplanade dan Fort Cornwallis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI